Assalamualaikum dan salam 1 malaysia....
OK kita cerita pula perkembangan terbaru mengenai BB yang bakal saya asak lagi....
Mungkin selama ini pembaca hanya lihat laporan ringkas dari saya, tanpa video ini mungkin membosankan pembaca...
Pembaca blog yang mana nak FOLLOW boleh follow nak jadi rakan pun boleh.....
kembali kepada BB (burung baru) semula... Baru ni 19hb hari ahad buat pertama kalinya saya cuba turunkan BB ini.
Melihat pada riaksi BB ini saya tidak ajar secara berperingkat, saya ajar terus main ditanah....
Bagaimana cara mengajar BB?
-Untuk langkah pertama kawan2 boleh ikut cara ini, ringkas berkesan dan jimat! ceeyyyy macam nak jual ubat la pula... hehehe
-Ehh!!! ada rahsia ker mengajar BB? nak tahulah! Ceeyyy muka ada senyum tu?....hehehe
-ehm, sebenarnya tiada rahsia pun.... cuma mengajar cara yang senang....
Pertama sekali
bawa BB dikawasan agak lapang @ tempat yg agak tinggi sedikit dengan kata lain bila kita letak BB, pandangan mata BB boleh nampak jauh (pastikan kawasan tu ada BH berbunyi)..... fahamkan? saya sarankan pada kawan2 untuk pertama kali ajar tidak perlulah kita memasang racik.... ingat! pertama kali ajar bukan untuk menagkap BH! tapi untuk melihat riaksi BB sama ada selesa @ tidak bila berada ditanah....
Seperti BB yang saya ajar ini, Pertama kali saya pacak ditanah ia menunjukkan riaksi yang agak memberangsangkan....
disusuli dengan Bunyi(perap)..... saya perhatikan adakah bb hanya memerap sahaja ataupun menekan2?
agak 10minit BB mula menekan2... secara tidak langsung BH pun sampai...
ok, saya perhatikan lagi adakah BH sampai BB akan diam @ tidak?
BB masih menekan2, sehingga BH terjun dilaman.....
Jika kawan2 hadapi situasi begini kita perlu bersedia.... perhatikan BB, adakah dia tarik kaki untuk jauh dari BH @ dia pergi menerpa kepada BH?

jika BB kawan2 tarik kaki untuk jauh dari BH, saya sarankan kawan2 halau BH..... ok? ini untuk mengelakkan dari BB serik@ terkejut bila berhadapan BH....
-Jika BB kawan2 menerpa ke BH seperti BB yang saya bawa ini, caranya kita biarkan BH menghampiri BB seberapa dekat yang boleh..... ok? fahamkan? tadi BB kawan2 menerpa pada BH kan? itu tandanya BB kwn2 bersedia untuk berlaga...
BB yang saya bawa ini saya biarkan belaga 2 3 kali.... berlaga macam mana tu? belaga cukup sekadar BB menepuk pukul pada BH.... Ingat!!!!! bukan berlaga dengan membiarkan BH bertenggek di belakang BB......
setelah BB pukul BH 2@ 3 kali kita perlulah halau BH.......
Masuk pula teknik @ langkah kedua.....................
Jadi setelah BB ini lulus dengan langkah pertama, maka masuk pula langkah kedua....
Kali ini saya memang berniat untuk memikat. dengan kata lain untuk mendapatkan lesen membunuh BH...hehee
ok, kita cerita pula Bunuhan pertama untuk BB... Mungkin ada persoalan, BH yang macam mana yang perlu kita mikat ni?
Untuk bunuhan pertama BB, elakkan dari memikat BH yang hebat@ byk mainan@ BH impian.... cukup sekadar BH yang biasa2 saja (BH kopi o @ ayaq sejuk)
Tujuan apa? tujuannya untuk mengelakkan BB dari selop/jem/kecut/dll....
OK, BH kopi o saya sudah kenal pasti, maka saya pun cari laman dan pacak BB beserta racik tanah...
BB menunjukkan perkembangan positif tak sampai 5minit terus bunyi...... PAPPPP PAPPPP PAPPPP BH menepuk mencari BB...
BH terus hinggap dilaman BB.... saya perhatikan, BB perap dan lawan nguku dengan BH..... kemudian BB mula hendak memukul BH. BH masuk jer BB sepak.... BH pusing2 terus kena racik.... maka TAPAU....BUNGKUIHHHH BH pertama...
inilah hasilnya BH pertama...

Tadi BB sepak BH kan? nampak tak BB tu semakin berani@ garang?
jadi saya mula test laman kedua.....
sangkaan saya tepat! Laman kedua pun tapau/BUNGKUIHHHH
inilah hasilnya.....
cukuplah mengajar BB hari ini. esok lusa sambung lagi.....

sekian.......
memikatterkukur@yahoo.com