Terkukur/Merbok
Didalam disertakan aktiviti/laporan memikat terkukur teknik racik,jebak dan lain-lain. Bukan untuk bermegah... Ianya adalah untuk hiburan bersama. Semoga anda terhibur...
Assalamualaikum sahabat dan pembaca blog dinzafiz semua..
Agak lama juga blog ni saya tidak update. Pada tahun 2014 ni banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jadi aktiviti memikat agak terhad.
Pada kali ni saya mahu cerita kisah lama. kita sembang-sembang mengenai lampu gasoline jenis butterfly.. Teringat kembali zaman masa kanak-kanak dahulu bapa saya selalu menggunakan lampu ini.. Lampu gasoline ini bisa digunakan area tahun 30/40an hingga 80an.. Saya yakin ada sahabat yang sempat pada zaman ini...
Lampu ini menggunakan minyak tanah dan pembakarnya minyak spirit...
Apabila tiada elektrik saya menggunakannya cahayanya amat memuaskan... Bila sahabat-sahabat sehobi datang waktu malam saya gunakannya sambil rehat di pondok@pagola luar rumah kena pula dengan ayaq kopi O peeehhhh! hehehe
utk pertanyaan hubungi dinzafiz
memikatterkukur@yahoo.com
Assalamualaikum....
2014ni saya layan merbok sat...
baru 6 koleksi jebak merbok.
dari yang model baru sampailah yang tua (lama)
kalau BH chega/celih pandai-pandailah hang pilih yang mana....
tetapi kemungkinan bulan 4/5 baru nak aktif main... sekarang ni banyak hal yang perlu diselesaikan...